Monday, 14 December 2015

FORUM 3


   ASSALAMUALAIKUM ..

    Selain itu ,bahaskan pernyataan ini kecerdasan emosi dan sosial adlah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan.






8 comments:

  1. Assalamualaikum.. Pada pendapat saya, emosi merujuk pada suatu perasaan dan pemikiran yang khas, suatu keadaan biologi dan psikologi dalam kecenderungan untuk bertindak. Manakala sosial pula, sosial ialah kata yang merujuk kepada hal-hal yang berkaitan masyarakat dan kemasyarakatan. Berdasarkan apa yang dinyatakan apa itu emosi dan sosial, saya dapat simpulkan bahawa emosi dan sosial suatu perasaan yang cenderung bertindak mengikut keadaan biologi dan psikologi seseorang itu manakala sosial pula ialah suatu persekitaran kehidupan sekumpulan masyarakat itu Emosi dan sosial ini saling berkaitan antara satu sama lain untuk mencapai tahap kecerdasan yang baik. Apabila kecerdasan emosi dan sosial ini tercapai, maka dunia pekerjaan akan mudah untuk dijalani. Bekerja dalam keadaan yang tenang, gembira dan ceria.Jika kecerdasan emosi dan sosial ini terganggu, maka pekerjaan akan terjejas. Oleh itu, kecerdasan intelek tidak memadai. Kecerdasan intelek hanyalah tiket untuk mencapai kerjaya yang baik dan pengetahuan dalam bidang yang diceburi. Namun, jika kecerdasan emosi dan sosial tidak dijaga maka pekerjaan akan terjejas. Perasaan dan emosi yang tertekan, mudah marah, kualiti pengurusan dalam perkerjaan merosot, kebahagian keluarga merudum dan dikelilingi dengan perasaan yang tidak selesa walaupun bergaji tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ukhwah .apabila kecerdasan emosi dan sosial ini tercapai maka dunia pekerjaan akan mudah dijalani.

      Delete
  2. Berdasarkan kenyataan saudari, saya amat bersetuju bahawa kecerdasan emosi dan social adalah lebih penting berbanding kecerdasan intelek. Kecerdasan emosi yakni pemikiran otak sebelah kanan manusia membantu manusia dalam melakukan sesuatu keputusan, berbeza dengan kecerdasan intelek yang bergantung kepada logic. Kecerdasan emosi yang tinggi memberi satu kelebihan kepada manusia kerana penggunaan emosi yang efektif membantu manusia dalam melakukan pertimbangan yang bijak dan memiliki kemahiran yang tinggi dalam bidang pekerjaan. Manakala kecerdasan intelek amat terhad dan sering kali mencetuskan kekeliruan kepada manusia itu sendiri. Selain itu juga, kecerdasan emosi mampu mencorakkan kehidupan manusia membantu manusia dalam merealisasikan sesuatu matlamat. Walaupun dengan kecerdasan intelek yang tinggi, manusia masih lagi memerlukan kecerdasan emosi untuk mengadaptasikan diri dalam dunia pekerjaan. Harap ulasan serba sedikit ini memberi manfaat kepada saudari

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ukhwah terima kasih atas pendapat saudari.kecerdasan emosi yang tinggi memberi satu kelebihan kepada manusia kerana penggunaan emosiyg tinggi menghasilkan kemahiran yang tinggi dalam bidang pekerjaan.

      Delete
  3. assalamualaikum,Kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia perkerjaan.Secara dasar nya di dalam penghidupan sebagai manusia,Kecerdasan emosi dan sosial lebih di dahulu kan dari kecerdasan intelek.Kehidupan alam pekerjaan bermula dari Kecerdasan emosi dan dan social dan hendak la di pupuk dari kecil lagi dan bergantung bagaimana penghidupan seharian sesebuah famili itu Untuk memulakan penghidupan seharian kecerdasan emosi akan mempengaruhi kecerdasan social.Jika bermula dengan emosi yang kurang baik maka hubungan social juga akan kurang baik dan suram di antara family sendiri , komuniti dan rakan sekerja. Ini akan mempengaruhi kecerdasan intelek di dalam bidang pekerjaan.Ini akan menyebabkan mutu kerja dan output hasil kerja yang kurang bermutu.Secara tidak langsung prestasi diri dan kerja akan terjejas dengan sendiri nya. Perhubungan kekeluargaan dan kekitaan di dalam penghidupan seharian boleh mempengaruhi dan merangsang kan lagi kecerdasan emosi supaya minda dan fizikal supaya sentiasa di dalam keadaan FIT.Kecerdasan intelek amat di perlu kan di dalam semua jenis pekerjaan mahu pun di rumah atau pun di tempat kerja.Dengan kecerdasan intelek mutu kerja akan bertambah baik dan ini kan meninggkatkan lagi Prestasi diri dan institusi itu sendiri.Suasana Tempat kerja yang conduksif juga akan menyebabkan kecerdasan emosi dan social akan sentiasa dalam keadaan baik dan kecerdasan intelek dapat di perguna kan dengan sebaik baik nya. sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam ukhwah .benar pendapat saudari kecerdasn intelek amat diperlukan di dalam aspek pekerjaan mahupun dirumah atau di tempat kerja.

      Delete
  4. Assalamualaikum kepada saudari.

    “bak kata pepatah melentur bulu biar dari rebungnya” iaitu bermaksud mendidik kanak-kanak biarlah dari kecil agar mudah mereka menerima apa yang ditarbiyyahkan kepada mereka. Oleh itu, saya kembali dalam memberi perkongsian di dalam forum saudari. Berdasarkan tajuk forum pada kali ini saya memasukkan sekali pepatah melayu, hal ini adalah kerana ada benarnya apa yang diperkatakan oleh orang terdahulu. Kerana sebagai seorang ibubapa pada masa akan datang saya juga inginkan anak yang berjaya. Oleh itu, saya memulakan dengan diri saya sendiri dengan mempelajari ilmu dalam pendidikan awal kanak-kanak, ia bertujuan pada masa akan datang saya mempunyai ilmu yang dapat mendidik anak-anak saya agar dapat menjadi kanak-kanak yang mempunyai kecemerlangan dalam akademik dan norma kahidupan. Siapa yang tidak mahu mempunyai anak yang berjaya. Hal ini, mengakibatkan saya bercadang bahawa sebagai seorang ibubapa apabila mereka mendapat anak perlulah mereka ini menuntut ilmu supaya mereka dapat melahirkan generasi yang mampan. Disamping itu, institusi kekeluargaan dapat dibina dengan baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salaam ukhwah terima kasih atas pendapat saudari.didiklah kerana anaak- anak adalah cahaya mata.

      Delete