assalamualaikum saudari najiha pada pendapat saya, Biasanya ibu akan menjadi orang yang paling sibuk sekali apabila anak menghadapi ujian persekolahan. Ibu akan seboleh mungkin membantu anak ketika belajar kerana mahu si kecil mendapat keputusan cemerlang. Tetapi hakikatnya peranan ayah tidak kurang penting dalam mendampingi anak belajar.
Bimbingan terus daripada ayah dalam proses pembelajaran dapat memberi kesan positif pada perkembangan fizikal, kognitif, emosi dan sikap anak. Anak sememangnya mencari keselesaan daripada seorang ibu, namun ia tetap memerlukan interaksi yang intensif dengan ayah.
Ada sebuah kajian yang dilakukan oleh University Oxford menunjukkan bahawa ada kaitan antara perhubungan rapat ayah dan anak dan pencapaian akademiknya di sekolah. Dikatakan anak yang banyak berinteraksi dengan ayah mempunyai IQ lebih tinggi berbanding anak yang kurang berinteraksi dengan ayahnya.
salam ukhwah benar pendapat saudari. bimbingan terus dari ayah memberi kesan yang positif dari segi pencapaian akademik anak- anak.di katakan banayak berinteraksi dengan ayah memepunyai iq lebih tinggi.sekian terima kasih.
Assalamualaikum saudari Erina. Saya sangat tertarik dengan tajuk ini jadisaya ingin memberi pendapat. Salah satu kajian yang penting dalam bidang psikplogi perkembangan ialah kesan perapatan ke atas perkembangan sosioemosi individu. Secara umumnya, perapatan adalah ikatan istemewa di antara dua insan ( Santrock,2014) yang biasanya ditemui dalam hubungan diantara anak,ibu bapa atau penjaga atau di antara individu dengan rakan taulan. Pada pendapat saya, apabila berlakunya masalah perapatan antara ibu bapa dan anak, kesan negatif akan berlaku terhadap anak tersebut. Sebagai contoh, ibu bapa sibuk bekerja untuk menyara keluarga namun terlupa dengan anak yang sangat memerlukan kasih sayang kepada ibu bapa. Jika ini berlaku, anak-anak yang mempunyai naluri ingin tahu bebas melakukan apa sahaja yang mereka inginkan tanpa pengawasan ibu bapa. Lebih malang lagi jika kanak-kanak itu melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan perkembangan diri seperti merokok. Lambat laun, kanak-kanak akan menjadi liar dan sukar menerima nasihat dan teguran ibu bapa. Oleh itu sebagai ibu bapa perlulah menjaga anak kita seperti menatang minyak yang penuh. Sedikit lagi informasi berkaitan dengan hubungan perapatan antara anak dan bapa di sini. Terdapat sebuah kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik dari Oxford University, dilaporkan bahawa antara punca anak-anak kecil seawal usia satu tahun mempunyai masalah tingkah laku, contohnya tantrum adalah kerana hilangnya ayah dalam dunia mereka. Malah, dalam banyak kajian lain di peringkat umur yang berbeza-beza, peranan ayah pada usia awal kanak-kanak ( 0-5 tahun) adalah penentu kepada sikap kanak-kanak pada usia remaja. Oleh itu, jika baik peranan ayah terhadap anaknya, maka baiklah perangai anaknya dan begitulah juga akan berlaku jika sebaliknya. Oleh yang demikian, melalui segala informasi ini, kita boleh merumuskan jika hubungan perapatan antara anak dan bapa renggang maka, kesan keburukan akan dapat kita lihat terhadap tingkah laku anak itu nanti. Justeru, sebagai seorang ayah, seharusnya anda tidak mensia-siakan amanah yang sedang membesar di hadapan mata. Bahkan, sebagai seorang bapa anda juga bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak anda mengenai ilmu dunia dan akhirat sana dan janganlah hanya dilepaskan amanah mendidik itu kepada isteri sahaja. Terima kasih kerana menerima pandangan saya.
salam ukhwah ,jika baik peranan ayah terhadap anaknya maka baiklah perangai anaknya.sebagai ayah besar tanggungjawab dalam mendididk anak.sekian trima kasih.
Assalamualaikum saudari najeha. Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudari kerana tidak serik-serik dalam berkongsi pandangan melalui forum yang diberikan. Oleh itu, saya amat tertarik dengan tajuk forum yang kedua ini. Hal ini bukan disebabkan apa, tetapi memang wajar soalan yang dikemukan kerana ia menjadi isu kekeluargaan di kala masa ini. Isu ini amat popular apabila kita selidik dengan lebih dekat kerana memang benar bahawa kanak-kanak tidak lagi rapat dengan ayah mereka. Sebagai contoh yang dapat saya berikan ialah kanak-kanak lebih rapat dengan ibu mereka berbanding dengan ayah mereka, pada masa yang sama apabila ditanya mengapa mereka kurang rapat dengan ayah mereka sendiri, mereka banyak memberikan respon bahawa ayah mereka garang dan ada juga yang memberi respon bahawa ayah mereka tidak memberikan masa kepada keluarga akibat daripada sibuk dengan kerjaya. Ini yang terjadi apabila ayah lebih mementingkan kerjaya dalam kehidupan. Memeng tidak salah mencari nafkah namun kita perlulah ketahui bahawa keluarga haruslah diutamakan apatah lagi anak-anak kerana diusia mereka masih kecil mereka sebenarnya dahagakan kasih sayang daripada ibubapa mereka.
Assalammualaikum.. Perapatan ialah hubungan kasih sayang yang berlaku antara manusia sesama manusia. Melalui perkongsian masalah, cadangan dan selalu berinteraksi akan membentuk sebuah hubungan perapatan yang erat antara manusia. Terutamanya, hubungan perapat dengan ibu bapa sememangnya harus disemai sejak dari awal kelahiran lagi. Komunikasi yang berkesan antara bapa dan anak adalah penting. Bapa perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama anak dengan melakukan aktiviti. Kesibukan bapa yang bekerja untuk menyara keluarga juga menyebabkan hubungan antara anak menjadi renggang. Masalah sebergini akan terciptanya jurang perapatan antara anak dengan bapa mereka. Tambahan pula, anak-anak akan mudah terjebatnya dengan gejala liar tanpa ada batasannya kerana kurangnya pengawalan daripada bapanya. Adakala bapa yang pulang penat dari bekerja biasanya tidak sempat meluangkan waktu bersama anak-anak mereka untuk berbual-bual. Jelaslah, membuatkan mereka semakin renggang dan jauh, bahkan malu untuk berkomunikasi walaupun hubungan mereka adalah sebagai anak dengan bapa Oleh yang demikian, bapa harus memberi keutamaan dan melihat sendiri perkembangan yang sedang dilalui oleh anak.
assalamualaikum saudari najiha pada pendapat saya, Biasanya ibu akan menjadi orang yang paling sibuk sekali apabila anak menghadapi ujian persekolahan. Ibu akan seboleh mungkin membantu anak ketika belajar kerana mahu si kecil mendapat keputusan cemerlang. Tetapi hakikatnya peranan ayah tidak kurang penting dalam mendampingi anak belajar.
ReplyDeleteBimbingan terus daripada ayah dalam proses pembelajaran dapat memberi kesan positif pada perkembangan fizikal, kognitif, emosi dan sikap anak. Anak sememangnya mencari keselesaan daripada seorang ibu, namun ia tetap memerlukan interaksi yang intensif dengan ayah.
Ada sebuah kajian yang dilakukan oleh University Oxford menunjukkan bahawa ada kaitan antara perhubungan rapat ayah dan anak dan pencapaian akademiknya di sekolah. Dikatakan anak yang banyak berinteraksi dengan ayah mempunyai IQ lebih tinggi berbanding anak yang kurang berinteraksi dengan ayahnya.
salam ukhwah benar pendapat saudari. bimbingan terus dari ayah memberi kesan yang positif dari segi pencapaian akademik anak- anak.di katakan banayak berinteraksi dengan ayah memepunyai iq lebih tinggi.sekian terima kasih.
DeleteAssalamualaikum saudari Erina. Saya sangat tertarik dengan tajuk ini jadisaya ingin memberi pendapat. Salah satu kajian yang penting dalam bidang psikplogi perkembangan ialah kesan perapatan ke atas perkembangan sosioemosi individu. Secara umumnya, perapatan adalah ikatan istemewa di antara dua insan ( Santrock,2014) yang biasanya ditemui dalam hubungan diantara anak,ibu bapa atau penjaga atau di antara individu dengan rakan taulan. Pada pendapat saya, apabila berlakunya masalah perapatan antara ibu bapa dan anak, kesan negatif akan berlaku terhadap anak tersebut. Sebagai contoh, ibu bapa sibuk bekerja untuk menyara keluarga namun terlupa dengan anak yang sangat memerlukan kasih sayang kepada ibu bapa. Jika ini berlaku, anak-anak yang mempunyai naluri ingin tahu bebas melakukan apa sahaja yang mereka inginkan tanpa pengawasan ibu bapa. Lebih malang lagi jika kanak-kanak itu melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan perkembangan diri seperti merokok. Lambat laun, kanak-kanak akan menjadi liar dan sukar menerima nasihat dan teguran ibu bapa. Oleh itu sebagai ibu bapa perlulah menjaga anak kita seperti menatang minyak yang penuh. Sedikit lagi informasi berkaitan dengan hubungan perapatan antara anak dan bapa di sini. Terdapat sebuah kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik dari Oxford University, dilaporkan bahawa antara punca anak-anak kecil seawal usia satu tahun mempunyai masalah tingkah laku, contohnya tantrum adalah kerana hilangnya ayah dalam dunia mereka. Malah, dalam banyak kajian lain di peringkat umur yang berbeza-beza, peranan ayah pada usia awal kanak-kanak ( 0-5 tahun) adalah penentu kepada sikap kanak-kanak pada usia remaja. Oleh itu, jika baik peranan ayah terhadap anaknya, maka baiklah perangai anaknya dan begitulah juga akan berlaku jika sebaliknya. Oleh yang demikian, melalui segala informasi ini, kita boleh merumuskan jika hubungan perapatan antara anak dan bapa renggang maka, kesan keburukan akan dapat kita lihat terhadap tingkah laku anak itu nanti. Justeru, sebagai seorang ayah, seharusnya anda tidak mensia-siakan amanah yang sedang membesar di hadapan mata. Bahkan, sebagai seorang bapa anda juga bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak anda mengenai ilmu dunia dan akhirat sana dan janganlah hanya dilepaskan amanah mendidik itu kepada isteri sahaja. Terima kasih kerana menerima pandangan saya.
ReplyDeletesalam ukhwah ,jika baik peranan ayah terhadap anaknya maka baiklah perangai anaknya.sebagai ayah besar tanggungjawab dalam mendididk anak.sekian trima kasih.
DeleteAssalamualaikum saudari najeha. Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudari kerana tidak serik-serik dalam berkongsi pandangan melalui forum yang diberikan. Oleh itu, saya amat tertarik dengan tajuk forum yang kedua ini. Hal ini bukan disebabkan apa, tetapi memang wajar soalan yang dikemukan kerana ia menjadi isu kekeluargaan di kala masa ini. Isu ini amat popular apabila kita selidik dengan lebih dekat kerana memang benar bahawa kanak-kanak tidak lagi rapat dengan ayah mereka. Sebagai contoh yang dapat saya berikan ialah kanak-kanak lebih rapat dengan ibu mereka berbanding dengan ayah mereka, pada masa yang sama apabila ditanya mengapa mereka kurang rapat dengan ayah mereka sendiri, mereka banyak memberikan respon bahawa ayah mereka garang dan ada juga yang memberi respon bahawa ayah mereka tidak memberikan masa kepada keluarga akibat daripada sibuk dengan kerjaya. Ini yang terjadi apabila ayah lebih mementingkan kerjaya dalam kehidupan. Memeng tidak salah mencari nafkah namun kita perlulah ketahui bahawa keluarga haruslah diutamakan apatah lagi anak-anak kerana diusia mereka masih kecil mereka sebenarnya dahagakan kasih sayang daripada ibubapa mereka.
ReplyDeletesalam ukwah.anak adalah permata dalam kehidupan bekeluarga jagalah dan didik anak.terima kasih atas pendapat saudari .
DeleteAssalammualaikum.. Perapatan ialah hubungan kasih sayang yang berlaku antara manusia sesama manusia. Melalui perkongsian masalah, cadangan dan selalu berinteraksi akan membentuk sebuah hubungan perapatan yang erat antara manusia. Terutamanya, hubungan perapat dengan ibu bapa sememangnya harus disemai sejak dari awal kelahiran lagi. Komunikasi yang berkesan antara bapa dan anak adalah penting. Bapa perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama anak dengan melakukan aktiviti. Kesibukan bapa yang bekerja untuk menyara keluarga juga menyebabkan hubungan antara anak menjadi renggang. Masalah sebergini akan terciptanya jurang perapatan antara anak dengan bapa mereka. Tambahan pula, anak-anak akan mudah terjebatnya dengan gejala liar tanpa ada batasannya kerana kurangnya pengawalan daripada bapanya. Adakala bapa yang pulang penat dari bekerja biasanya tidak sempat meluangkan waktu bersama anak-anak mereka untuk berbual-bual. Jelaslah, membuatkan mereka semakin renggang dan jauh, bahkan malu untuk berkomunikasi walaupun hubungan mereka adalah sebagai anak dengan bapa Oleh yang demikian, bapa harus memberi keutamaan dan melihat sendiri perkembangan yang sedang dilalui oleh anak.
ReplyDeletesalam ukhwah perapatan adalaah hubungan kasih sayang antara anak dan keluarga.komunikasi yang berkesan antara bapa dan anak-anak adalah penting.
Delete